| A Kesan Mencemarkan imej negara di mata dunia | · Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia. · Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. · Negara dianggaap sebagai sarang jenayah. |
| Mengancam keselamatan dan keamanan negara | · Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya. · Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan. |
| Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara | · Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. · Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat |
| Peningkatan masalah sosial | · Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat · seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. |
| Penularan penyakit berjangkit | · Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat |
| B Langkah-langkah Penguatkuasaan undang-undang | · Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 · Akta Antipermerdagangan Orang 2007 |
| Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti | · Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku · Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. |
| Koordinasi antara kementerian | · Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara. |
Ahad, 20 November 2011
Skema Jawpan Pemerdagangan Orang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
teda jgk nie yg kluar...
Catat Ulasan